MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN BAGI PESAKIT SENDI NO 4 PALING RAMAI TIDAK TAHU

download (1)

1. Makanan Bergoreng & Makanan 

Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.

images
2 Turunkan Paras Toksin

GE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.

3 Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi

Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.

4  Kadar Pengambilan Produk Tenusu Perlu Dirombak

Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.

5 Berhenti la Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!

Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.

6  Garam & Bahan Pengawet

Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.

7 Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun

Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.

kredit celikvitamin.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s